Friday, 19 August 2011

RESEPI TURUN TEMURUN

Assalamualaikum..haii kali ni blog sy memaparkan post yang berlainan dari sebelum ni.Yela selalu orang cerita pasal teman hdup,kawan dan sebagainya lah dalam blog kan..okeyy,tiba-tiba saya rasa nak kongsi sedikit resepi masakan yang saya ketahui..tak salahkan kalau kita berkongsi.Masakan yang saya kongsikan,boley mencuba sendiri di rumah.:)


                                                   TAUHU MASAK SAMBAL


Bahan-bahan:
1)Tauhu
2) Bawang besar yang telah dipotong
3)Daun bawang sebagai hiasan
4)Garam secukup rasa
5)Gula secukup rasa
6)Cili kering yang telah di blender bersama bawang putih dan bawang merah

Cara-cara:
-Goreng tauhu terlebih dahulu,kemudian asingkan ke dalam pinggan
-Tumis cili kering yang telah diblender tadi ke dalam kuali
-Masukkan bawang besar yang telah dipotong
-Masukkan garam dan gula secukup rasa
-Tumis sehingga garing sedikit shingga mengeluarkan bau
-Selesai sambal ditumis,tuangkan sambal itu ke dalam pinggan yang berisi tauhu goreng
-Lebih enak,taburan daun bawang ke atas hidangan






                                            DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan:

1)Daging lembu
2)Kunyit rempah
3)Lada besar
4)Air asam jawa
5)Bawang besar
6)Cili kering yang diblender bersama bawang putih,bawang kecil dan halia
7)Kicap
8)Garam
9)Gula

Cara-cara:
-Rebus daging terlebih dahulu,kemudian asingkan daging dan air rebusan daging.
-Simpan stok air rebusan daging tersebut ke bekas lain,kemudian gaulkan daging tersebut bersama rempah kunyit,lalu goreng
-Selesai goreng,asingkan ke dalam bekas.
-Tumis cili kering yang telah diblender tadi
-Masukkan bawang besar yang telah dipotong
-Masukkan garam dan gula secukup rasa
-Tuangkan kicap dan air asam jawa.kemudian tuangkan stok air rebusan daging tersebut dan tumis sehingga garing sedikit
-Selesai menumis,tuangkan tumisan ini ke dalam daging yang telah digoreng tadi
-Untuk hiasan,taburkan daun bawang dan lada besar yang telah dipotong




                                                      KERABU MANGGA

Bahan-bahan:
1)Kacang goreng
2)Buah mangga yang telah dihiris
3)Udang kering
4)Bawang besar dipotong dadu
5)Gula secukup rasa
6)Lada besar yang telah dihiris
7)Asam limau

Cara-cara:
-Tumbuk kacang goreng tersebut sehingga lumat bersama udang kering
-Gaulkan bersama bahan-bahan tadi,akhir sekali,perahkan air asam limau

Thursday, 18 August 2011

Sayur Rebus

Bahan-Bahan:
1)Terung
2)Kacang panjang
3)Buah Labu
4)Lada besar
5)Bawang kecil
6)Garam

Cara-cara:
-Potong semua bahan-bahan tadi,masukkan ke dalam kuali dan rebus bersama air
-Masukkan garam
-Akhir sekali,masukkan bawang kecil dan lada besar yang telah dipotong sebagai penyeri masakan
-Rebus sehingga sayur menjadi empu-Untuk lebih menyelerakan lagi,hidangkan sayur rebus ini bersama dngan sambal belacan yang telah dibuatk


Tuesday, 9 August 2011

KOSONG

Semenjak dua menjak tiga menjak ni,aku rasa kosong.Tau tak?kosong?bermaksud Z.E.R.O dan zero bermaksud "0" . Aku belum capai satu je lagi hasrat yang aku idam-idamkan selama ni.Hari-hari aku berdoa agar hasrat yang aku impikan kan selama ni,tarcapai kelak.Insyaallah Amin...Biarlah rahsia.=_=   Aku rasa ingin terbang tinggi,aku rasa ingin melayang di angkasawan,aku rasa ingin bermain di awan,aku rasa ingin bermain salji,aku rasa ingin mencapai langit,aku rasa ingin melompat tinggi.Aku ingin kan kebebasan yang luas dan aman.Aku rasa ingin tinggal di bumi yang penuh dengan kedamaian.Aku rasa ingin memegang bulan.Aku ingin terbang bersama sekawan burung Merpati putih.Aku ingin membelai kedamaian angin.Aku tahu aku berada di dalam khayalan...Tetapi,aku akan berusaha untuk mencapai impian ku,dan ingin menggapai kejayaan.Insyaallah ....

JANGANLAH BERPUTUS ASA,KERANA ALLAH BERSAMA MU.Insyaallahh ................ :)





TAHUN 2009

TAHUN 2009
Serius rindu plak dgn style aku dlu.Ehh tp skrangg aku dh ladies ori k ;) Dah tak main dress ni :p